Dari pucuk baru terus keluar putik bunga.
Baru seminggu di trim dah keluar bunga baru.
Nak tau berapa banyak bunganya yang akan jadi kita kena tunggu beberapa minggu lagi......
5/5/2011 - Perkembangan terkini anggurku masuk minggu ke 2 selepas pemangkasan besar-besaran.
Walaupun tidak banyak kuntum bunganya tetapi kemunculan kudup bunga dari mula ini cukup memberangsangkan. Ini menambahkan keyakinan ku bahawa pohon anggur sememangnya boleh di tanam di Malaysia malah dalam pasu sahaja.
Dalam pada itu sempat juga menyemai anak benih baru melalui keratan batang untuk memperbanyakkan lagi jumlah pokok anggur di halaman rumah ku di samping memenuhi permintaan rakan-rakan untuk memiliki pokok anggur di rumah mereka juga.
Pandangan jarak jauh sedikit pokok anggur dalam pasu yang sedang berbunga.
Kudup bunga yang baru untuk musim yang ketiga.
Pandangan jarak dekat kudup bunga yang sihat.
Satu lagi kudup bunga anggur saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan